Berapa jamkah yang diperlukan untuk tidur setiap malam? Nabi tidak menyebutkan kadar masanya secara khusus. Baginda sekadar menyebutkan: “Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas.” (Bukhari-Muslim) dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda: “Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk.” (Bukhari-Muslim) Ini menunjukkan bahawa kadar masanya berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Yang penting ialah tidur yang menghilangkan rasa mengantuk dan menghasilkan kecergasan. Pakar-pakar tidur telah bersetuju bahawa keperluan tidur tidak sama bagi setiap orang. Tidur yang optima ialah kadar yang tidak mendatangkan rasa mengantuk ketika sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu. Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah 5-6 jam setiap malam. Namun biasanya bagi yang dewasa ialah 7-8 jam. (Michelle Moore: ‘Catching Those ZZZZ’s’) Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang: “Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Bagindapun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (Tarmizi) “Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Bukhari-Muslim) Berkata ‘Abbad ibn Tamim: “Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda.” (Bukhari-Muslim)
Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.(At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297) Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang. Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan. Sekali lagi sains terpaksa akur tentang kebaikan cara tidur yang diamalkan Nabi ini.
Saintis-saintis telah mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur (sleeping postures) boleh memberi kesan kepada kesihatan. Untuk merihatkan badan di samping menjaga kesihatan tulang leher (cervical spine), pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:
1. Mengiring ke lembung dengan meluruskan tulang belakang atau
2. Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher.
(Intermountain Spine Institute (1999); ‘Spine Self Care’) Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leher daripada terseliuh (subluxation or mis-alignment of the neck). Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf (pinched nerves) dan kerosakan kepada tulang belakang (wear of vertebrae and spinal column) akan dapat dicegah. Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot. (Spine Self Care; Ibid) Kesimpulannya. Ajaran Nabi tentang tidur, samada yang berkaitan dengan kepentingannya, tidur tengaharinya, cara berbaring dan lain-lainnya, adalah begitu saintifik sekali. Kajian kontemporari telah membuktikan tentang semua ini. Ini menunjukan bahawa ajaran Nabi adalah suatu ajaran yang seimbang yang boleh membawa manusia kepada keunggulan.
Wallahualam
Saturday, January 9, 2010
CARA TIDUR NABI
Posted by aziey at 10:05 PM 0 comments
KEBERANIAN DAN KEJUJURAN
Ketika Sultan Damaskus yang bergelar as-Salih membuat perjanjian damai dengan Tentera Salib agar mendapat sokongan mereka memerangi saudaranya Sultan Mesir, seterusnya membolehkan Tentera Salib yang memusuhi kaum Muslimin selama ratusan tahun itu memasuki Damaskus untuk membeli senjata yang mereka inginkan.
Menyedari kesilapan itu, Imam 'Izzuddin bin Abdussalam sangat terperanjat dan segera berfatwa mengharamkan menjual senjata kepada Tentera Salib. Ia juga menentang niat sultan memerangi Sultan Mesir dan menghentikan doa yang selalu dipanjatkan untuk sultan pada hari Jumaat. Tentunya Sultan Damaskus marah besar, lalu memecat imam daripada jawatannya sebagai Hakim Agung (Qadhi al-Qudhat).
Imam 'Izzuddin yang tidak pernah tergila-gila dengan jawatan, segera bersiap-siap untuk berhijrah ke Mesir. Dalam perjalanan menuju Mesir, seorang utusan sultan menemuinya dan berkata, "Baginda sultan bersedia memaafkan dan mengembalikan jawatan tuan semula. Syaratnya tuan perlu meminta maaf dan mencium tangannya". Ulama fiqah mazhab Syafi'ie ini tersenyum sinis dan berkata, "Sungguh kasihan. Aku tidak rela meskipun sultan mencium tanganku, bagaimana mungkin aku mencium tangannya?"
Firman Allah S.W.T bermaksud:
"Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyak (harta benda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh), sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! Sekali lagi(diingatkan): Jangan sekali-kali(kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk (pada hari kiamat)! Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang. Selepas itu demi sesungguhnya kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat yang (kamu telah menikmatimya)! (Surah al-Takasur, 102:1-8)
Posted by aziey at 7:48 PM 0 comments
Wednesday, November 18, 2009
mutiara persahabatan
# Apabila kita ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin satu kelemahan, kau mungkin akan menjauhinya.
# Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya, keranan mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya.
# Andai kau ingin sahabat yang satu janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu kau mungkin akan menfitnahnya.
# Andai kau ingin seorang kawan janganlah kerana sifat cerianya, kerana andainya dia tak pandai menceriakan, kau akan menyalahinya.
# Andai kau ingin bersahabat..terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan semuanyan sempurna. Tiada yang biasa-biasa menjadi sempurna tapi bershabatlah kerana Allah Fillah...
# Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
# Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
# Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari
# Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yang diwarisi dari nenek moyang
# Seorang teman sejati akan membuat Anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahasianya dan mengingat anda dalam doa-doanya.
# Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya
# Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah
# Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Kerana semua manusia itu baik kalau kita bisa melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kita bisa melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak bisa melihat keduanya.
Posted by aziey at 7:00 AM 0 comments